Sunday, October 31, 2010

ISLAM DI HINA DI MALAYSIA!!!

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Wednesday, October 27, 2010

Aku, Lim, Islam & Hidayah

Dari Jeram Pasu: Isnin, 6hb. September, 2010 - 10:11 am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.

Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

TPU - Untuk perkongsian sebagai teladan... terima kasih pada sumber (tiki md )

Sunday, October 17, 2010

BERSIH DALAM BERIBADAH

DARIPADA seluruh kenikmatan yang dianugerahkan kepada kita, terdapat kenikmatan yang paling agung, iaitu hidayah iman dan Islam. Justeru, tanpa kedua-duanya, seluruh rezeki dan kenikmatan pada akhirnya hanyalah bencana.

Iman dan Islam itu menuntut umat manusia untuk sentiasa bersih, menjaga kebersihan bahkan mendidik ikhlas dan ‘thaharah’, serta ihsan. Ikhlas bererti menjaga kemurnian, kebersihan iman, iaitu niat dan ibadah serta muamalat sentiasa disesuaikan dengan syariat Allah s.w.t dan hanya kerana Allah jua. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud: “Padahal mereka tidak disuruh, kecuali supaya menyembah Allah swt dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam menjalankan agama dengan lurus.”

Iman juga bererti jauh daripada syirik dan jauh daripada kesesatan, bersih dengan sebersih-bersihnya sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Kahfi, ayat 110 yang bermaksud:“Barang siapa mengharap pertemuan dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan jaganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya.”

Bersih dalam beribadah adalah dengan niat ikhlas, tanpa syirik, riak, ujub, dan sebagainya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang solat dengan menunjuk-nunjuk (riak), maka sesungguhnya dia telah syirik (menyekutukan Allah s.w.t). Sesiapa puasa dengan riak, maka dia telah syirik dan sesiapa yang bersedekah dengan menunjuk-nunjuk, maka dia telah syirik. Allah s.w.t berfirman, ‘Akulah sebaik-baik pembagi bagi siapa yang menyekutukan Aku, siapa yang menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, maka seluruh amalannya sedikit atau banyak adalah untuk sekutunya yang dia telah berbuat syirik dengannya, sedangkan Aku Maha Kaya (tidak memerlukan) daripada amal itu.’” (Riwayat Ahmad)

Bersih dalam beribadah bererti melaksanakan sesuatu (ataus segala yang disyariat), sesuai dengan contoh teladan daripada Rasulullah s.a.w, sesuai pula dengan syariat Allah s.w.t, bersih daripada bidaah, tradisi atau amalan yang menyalahi syariah, tidak mengikut tatacara beribadah yang tidak diberi contoh Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Setiap bidaah adalah sesat dan setiap kesesatan berada di neraka.” (Riwayat Abu Daud)

Ibadah itu mestilah sesuai dengan syariat, tentang syarat dan rukunnya, dengan niat ikhlas, hanya kerana Allah s.w.t. Itulah syarat diterima amal ibadah. Itu bererti bersih iman yang menghasilkan akhlak dan muamalah yang bersih. Akhlak yang dicontohkan Rasulullah s.a.w merupakan akhlak yang agung lagi terpuji. Dipuji oleh Allah s.w.t sepanjang masa yang di hadapan segenap makhluk yang tunduk pada-Nya. Kalam Allah s.w.t di dalam al-Quran itulah akhlak Rasulullah s.a.w.

Demikian diriwayatkan oleh Ummul Mukminin Aisyah r.a yang bermaksud: “Tidakkah kamu membaca al-Quran? Akhlak baginda adalah al-Quran.”

Dengan al-Quran, kalam Allah s.w.t itulah Rasulullah s.a.w memimpin, memberi contoh teladan, membimbing, memperagakan, membuktikan, dan mendidik secara langsug sepanjang hidup baginda dengan akhlak yang paling bersih, paling tulus ke hadrat Allah s.w.t dan paling indah serta mengagumkan, dan penjadi pedoman yang kukuh bagi kehidupan umat manusia sepanjang zaman.

Firman Allah s.w.t di dalam surah Al-Azhab ayat 21 yang bermaksud: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah s.a.w itu contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan banyak menyebut nama Allah s.w.t.

CERITA ADIKKU NUR SURAYA

Ini cerita ku ttg adikku Nur Suraya, gadis yang baru beranjak dewasa namun agak ganas dan tomboy. Pada saat umurnya 17 tahun, perkembangan dari tingkah lakunya agak mengkhawatirkan ibuku, banyak teman lelaki yang datang kerumah dan itu tidak mengenakkan ibuku sebagai seorang guru ngaji. Bagi mengelak lebih buruk, ibuku menyuruh adikku memakai TUDUNG, namun selalu ditolaknya hingga timbul pertengkaran-pertengkaran kecil diantara mereka.
Pernah sekali adikku berkata dengan suara yang agak keras “Mama cuba lihat tu, jiran sebelah anaknya pakai tudung namun kelakuannya lebih teruk, malah teman-teman Ani yang disekolah pakai tudung dibawa teman lelaki, sering jalan-jalan, berpegangan” bila mendengar kata2 adk ibu hanya mengelus dada, kadangkala di akhir malam kulihat ibuku menangis, lalu terdengar doanya “Ya Allah, kenalkan Suraya dengan hukum Engkau”. “Takutkanlah ia dengan kalimah Mu Ya Allah”
Kemudian selang beberapa hari kemudian, adk mintakan mama utk jahitkan tudung…Masya Allah perubahan yg mendadak…ibu dan diriku tertanya-tanya apakah yg membuatkan adk begitu cepat berubah… Aku semakin jadi bingung… Aku tambah bingung campur syukur kepada Allah SWT krn kulihat perubahan yang ajaib. Tidak banyak lagi lelaki yang datang kerumah..Akulihat dia banyak termenung, banyak menghabiskan masa membaca majalah islam yang biasanya dia suka beli majalah anak muda, paling terharu kulihat ibadahnya pun melebihi aku… Tak ketinggalan tahajudnya, baca al-Qurannya, solat sunahnya… Dan yang lebih menakjubkan lagi. Bila teman ku datang dia menundukkan pandangannya. Segala puji bagi Engkau ya Allah SWT jerit hatiku.
Kemudian adk sakit tenat, sehingga Allah menjemputnya melalui Malaikat Izrail utk pulang mengadap Nya. Hatiku tersebak dan sayu bila ibu mengatakan “Abg, adikkmu blh ucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya…”,ALHAMDULILLAH…ak terus ke bilik adk mencari sesuatu yg boleh melepaskan rinduku pd adkku Suraya. Ak ternampak novel yg setiap kali sebelum tidur pasti ia luahkan di dalamnya…
Rupa-rupanya baru ak phm perubahan Su…pada satu mlm Su bermimpi datangnya seorang hamba Allah yg raut wajahnya muda dan cantik mendampingi dirinya,lalu ia berkata “sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT dan bila Allah SWT berkehendak… siapakah yang bisa menolaknya” kata wanita itu lg... duhai Suraya, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari ujung rambut hingga ujung kaki,segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bkn muhrim kt semuanya akn dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, bertudung adalah hijab untuk wanita.
Duhai Suraya lg, bl kamu memakai tudung itulah karunia dan rahmat yang dtng dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat, bl kamu mensyukuri rahmat itu kamu akn diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan bertudung hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT…
Duhai Suraya,ingatlah akn satu hari dimana seluruh manusia akn dibangkitkan.. ketika ditiup terompet yang kedua kali… pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tidak ada rumput maupun tumbuhan, ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gulita, ketika seluruh nabi ketakutan, ketika ibu tdk memperdulikan anaknya, anak tidak memperdulikan ibunya, sanak saudara tidak kenal satu sama lain lagi, kadang satu sama lain bisa menjadi musuh, satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada dialam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya memperdulikan nasib dirinya,dan pada saat itu ada yang berkeringat krn rasa takut yang luar biasa hingga menenggelamkan dirinya, dan rupa-rupa bentuk manusia bermacam-macam bergantung  amalannya,
Ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis… menangis krn hari itu Allah SWT murka… belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu… hingga ribuan tahun manusia didiamkan Allah SWT dipadang mahsyar yang panas membara hingga Timbangan Mizan digelar itulah hari Hisab…
Duhai Suraya,,, bila kita tidak berusaha untuk beramal dihari ini, entah dengan apa nanti kita menjawab bila kita di sidang oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha Agung. Allah SWT…
Ak melihat banyak bekas titisan air mata yg kering mungkin ia adlh titisan dosa yg keluar dari mat adkku ketika ia menangis dan menysali perbuatannya… wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mau mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT, wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia.

Tak tahan airmata ini pun jatuh… semoga Allah SWT menerima Adikku disisinya… Amiin Subhanallah … aku harap cerita ini dpt menjadi ikhtibar bagi kita semua…krn ak berjanji akn sebarkan hidayah ini kepada semua….

Friday, October 15, 2010

SALAM UKHWAH FILLAH

Alhamdulillah bersyukur ana kehadrat Ilahi dengan izin-Nya dapat ana menyediakan ruangan ini bagi kita berkongsi Ilmu bersama. Salam taaruf buat semua sahabat baru ana.Ana mohon maaf ruangan ini masih belum sempurna...